Posted by: maxqcorp on: December 26, 2009
Apa yang tersirat di dalam hati, apa yg ku inginkan, segala impian dan harapan..
Posted by: maxqcorp on: December 19, 2009
Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu
Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Posted by: maxqcorp on: October 10, 2009

Gambar di majlis pertunangan Muhd Ridhwan bin Sain & Nurul Huda binti Zakaria di Alam Damai, Cheras.
Gambar-gambar lain akan di upload kemudian. Terima kasih
ronstudios
Posted by: maxqcorp on: September 24, 2009
Salam..aku terpaksa tangguhkan penulisan “Epilog Sebuah Syawal” tu di masa lain. Mmg tak smpt siapkan, tapi dah mula sikit2. Kali ni kita layan gambar raya dulu.

Di bawah ni antara beberapa sedutan lain sepanjang aku cuti Ramadhan & Syawal
Posted by: maxqcorp on: September 15, 2009
Baru je balik dari Pusrawi, buat medical check up. Keputusan agak memberansangkan. Mula-mula suspect batu karang sebab atas ape yang terjadi semalam. Doktor pun ckp mcm tu atas alasan biasanya penyakit tu akan effect pada pinggang, kebetulan pulak aku mmg sakit pinggang. Petang smlm pulak aku demam panas. Balik buka terus tido. Aku ada la terjaga malam, tu pun sebab abg aku call dari Wales. Terkejut gak aku, igtkan sape lah call guna no pelik2.
Takpe, aku pegi sorang2. Ape ada hal..Kalau rasa terpaksa, tak payah.
2 jam je check up tadi. Mula-mula buat urine test, lepas tu buat check darah pulak. Takpe, janji aku sihat dan boleh terus kerja. Mungkin ada sesetengah orang anggap aku stay up malam2 membuang mase je, tapi sebenarnya aku buat kerja. takpe.. mulut orang nak bercakap, ape aku boleh buat.
Posted by: maxqcorp on: September 15, 2009
Melayan mata dari malam semalam. Lepas buka & solat, terus baring, igtkan tak lah lama sgt. Dalam kul 11 lebih dpt satu phone call dari Wales. Angah call ckp dia selamat sume, cuma kat sana sedikit sejuk & kena adjust lagi dalam keadaan yang tak berapa selesa tu.
Aku memang berharapan nak ke klinik, sbb aku rasa dah sgt tak tahan bile tekak aku sakit, badan smpi kaki panas dan selsema ni smpi buat aku tak bernafas. dada aku sakit. aku nak ajak kawan aku, dia dah tido. cuba gak cari kawan2 lain, tapi takpelah. nampaknya aku kena pegi sendiri.
Sahur tadi aku bangun kul 5.10, bangun makan meggie. itu je ada, tak larat plak aku nak keluar. aku nak tgu subuh, tapi tertido lagi lepas tu. celik2 mata jam 10. bangun je terus call family, ckp nak ke pusrawi. aku nak buat check. sbnrnye bukan demam je. tapi yg satu tu aku kena buat check dulu. baru boleh confirm.
Aku tgh bersiap2 nak ke Pusrawi skrg…
Posted by: maxqcorp on: September 14, 2009
Makin nak cuti, makin la mcm2 timbul. tekak aku sakit gile. perasan pun bile aku byk kali bersin. mmg syok bersin, belakang cite tekak aku rasa gatal, batuk2. adoi, sah aku kena sakit tekak. bergelas2 minum air, tapi mcm tu gak. yang lain2 tu jgn cite, bile hidung aku dah start sakit dan mengeluarkan something. haish..malasnye nak ke klinik lagi. nak raya2 ni biasa lah, kewangan tak bape sgt.
Pasal balik kg, aku balik awal kot, lari dari plan awal. Plan nak balik Khamis, tapi rabu jugak yang jadi perhatian aku.bas kul 10.30mlm naik kat Bukit Jalil. Dapat beli tiket last minute ni mmg bahaya. Nak buat camno.. Biarlah aku boleh rehat kan minda lepas diserang, sampai nak buat keje pun jadi serabut. 3.36 pg, keje aku masih tak siap. fikir ape yang terjadi.
Dah lah sorang abg takde time raya (fly ke UK), ada lagi cabaran2 yang aku perlu tangani. Tapi mampu ke aku? Tak pasti la.. Botak kepala, rambut pun makin kurang je rasanya (batuk2 mcm nak gile..adoi)
Betapa serabainye otak aku skrg…..
Posted by: maxqcorp on: August 21, 2009
Aku tak tau la kenapa badan aku asik mcm ni. Demam kus2. Badan sakit, kepala sakit, panas tak pasal. nanti kebah, tapi tak lama. aku rasa bengang je. pastu kena balik. nak g klinik, rasa mcm xde ape je ubat klinik. igtkan one shot buleh terus baik. nak g hospital, tak nak g HKL. smpt mati dulu baru dpt check. rasa mcm mati je lagi bagus. aku tak tahan asik mcm ni, demam, sakit, baik, demam, sakit baik. ubat bermacam2.
Andainya aku tak smpt melalui Ramadhan tahun ni……
Posted by: maxqcorp on: August 18, 2009
17/8/2009 adalah satu tarikh yang memberi satu impak sanubari apabila kehilangan seorang kawan. kerana kemalangan jalan raya. Kawan yang periang dan senang di bawak bincang. Taufiq atau nama panggilan ‘Dot’.
Terasa sedih masih memerangkap hati. Rakan serumah 2 tahun lepas, selalu lepak skali, makan skali, tetiba pulang ke rahmatullah. Agak mengejutkan sbnrnya. Secara jujurnya, memang selalu bergurau sekali, saling bahan membahan dgn gelagat dia.
Tapi tak sangka, dia dah dijemput lebih awal. ALLAH lebih sayangkan dia. Masih terigt masa duduk serumah, lawak dia je dah cukup buat org lain ketawa berdekah2. Ada yang marah, ada yg gelak. Tapi semuanya kenangan. Hanya tinggal sekeping memori yang takkan usang di ingatan. Ni lagi dah dekat2 puasa, lagi terasa sbb kami pernah sahur bersama dan berbuka bersama. Dia ni bukan jenis kedekut duit..Itu lah taufiq.
Taufiq, aku mmg akan igt kau selama hayat aku. Sekalipun kita dapat berkawan dalam masa yang singkat (tak smpi 3 tahun) tapi sekurang2nya kau pernah jadi kawan aku.
Taufiq, berbahagialah kau di sana saat jiwa itu benar-benar dekat denganNYA. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Kami di sini tidak akan pernah melupakanmu wahai sahabat.. Amin, perkenankanlah..
Recent Comments