Part 1.Start

Setiap hati itu pasti akan bertemu cinta sekalipun sebentar. Keseresian ada lah element paling penting yang selalu ditekankan untuk menemui kebahagiaan dalam berpasangan. Tak mengira lelaki atau pun wanita, kedua-dua gender pasti memilih di atas tiket keserasian. Aku pernah terperangkap kerana cinta. Tidak aku mampu nafikan cinta ini mampu mengubah seseorang luaran dan dalaman. Mase tu, seigt aku, aku terlalu mahukan cinta itu datang. Maklumlah, org yang tak de rupa mcm aku semestinya tak akan lepaskan peluang utk bercinta jika peluang itu dah depan mata.

Tapi, apakan daya. Bak kata kumpulan Ungu “Cinta dalam Hati”. Hanya aku yang beria-ia mengejar cinta tu yang akhirnya aku kalah dalam perjuangan mencari cinta. Terlalu singkat perkenalan, dpt mengenali hati budi masing-masing terlalu singkat.Dalam keadaan aku terkapai-kapai, sekali lagi hatiku di gamit perasaan cinta buat kali kedua. Tapi aku tak mahu membiarkan ia terus berleluasa dalam wilayah hati aku. Untuk mengelakkan aku kecewa lagi. Kecewa ini bukan senang aku nak atasi, ia mampu mengawal fikiran dan cara hidup aku. Untuk lebih selamat, aku mengambil jalan mudah dengan membuat selamba je dalam kenalan tu. Tapi, aku tahu perasaan itu mula wujud sejak akhir-akhir perkenalan tu. Masih…aku cuba menghalang. Tapi, ia makin membesar.

ronstudios_1440_1842Pertemuan sejak Aidilfitri lalu membuahkan kenangan indah. Masing-masing bertandang ke rumah. Dengan selamba aku berjumpa dgn ayah nya, berbual sekejap dan meminta izin utk bawa keluar untuk beraya ke rumah teman – teman lain. Ayahnye cukup sporting, dan aku gembira berjumpa dengan keluarga dia. Mula lah kali pertama aku berpakaian lebih kurang sedondon. Haha..mcm drama melayu.Keesokkan harinya dia bertandang ke rumah aku. Kebetulan ahli keluarga ada di rumah. Abg ajim, k ila, mak & mimi. Aku layankan je walaupun dia kena soalan bertubi-tubi dan aku kena buat biasa je. Aku tahu dia gagah dan boleh jwb semua soalan tu.

Kami terus berhubungan hingga lah selepas cuti. keluar makan bersama, pegi open house sama, belajar pun ada masa belajar sekali. aku mahu dia jadi insan berjaya. berjaya di dalam hidup dan tak mahu kesusahan melanda diri dia. Aku cuba membantu mane yang aku mampu. Lega apabila aku selalu tgk dia pegang short notes di tangan. Menunjukkan dia concern pasal study.

Mendung itu tidak bermakna hujan, panas itu tak bermakna banjir tak akan berlaku….

Satu dugaan datang melanda. Mesej masuk ke hp aku mase tgh minum di kedai depan rumah. Aku cuba memahami situasi itu dan aku faham akhirnya. Tetapi, aku semakin tak faham apabila terima ayat sebegini rupa “abg tolong lupakan ****”.  Star simbol tu adalah nama dia. Aku tak leh tunjuk siapa sebenarnya dia.Aku berhenti minum dan aku semakin kuat hisap rokok. Keliru menyelubungi diri. “Ape hntr msj macam ni..”getus hati aku. Dtg lagi msj suruh aku cancel semua call dari dia. Aduh, lagi lah aku jem kepala sampai aku stop minum. memikirkan apa terjadi. Malam tu aku kuar ngan best friend aku, akmal hisham. Mal bwk aku g dataran. Sbb dia tgk aku layu, tak de mood. Aku ckp aku ok. Tapi, kami kwn dah lama. sejak aku diploma lagi akmal dah kwn ngan aku. Dia dah mcm abg aku. abg long antara geng aku (wida, chan, ina). Aku ckp kat dia ape sebenarnya yang terjadi pada aku..

Tapi sbg org yang lebih tu dari aku, sudah pasti dia akan suruh aku bersabar dan byk igt pada ALLAH. Terima kasih mal. Terima kasih berada di sisi aku ketika aku memerlukan.

Part 1. End

Advertisements