Tags

chula-copySejenak bersama pengalaman saya yang hampir stranded di Bangkok.

Alhamdulillah. Panjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana kami satu kumpulan dah selamat tiba di KL tepat jap 9.15 malam di Pudu. Bersyukur sgt pada ALLAH kerana kami sudah jejakkan kaki di negara yang selamat tanpa sebarang tembak menembak dan bom sana dan sini.

Terima kasih pada keluarga dan sahabat handai yang mendoakan keselamatan kami sepanjang perjalanan kami dari Bangkok ke KL yang mengambil masa lebih kurang 25 – 27 jam. Di blog ni saya akan coretkan sikit pengalaman 5 hari di Thailand.

Day 1 – Isnin (24/11/08)

Seawal jam 9 kontigen unikl dah berkumpul di KL Sentral untuk ambil bas ke LCCT. Masing2 menunjukkan riak gembira kerana akan melawat Bangkok dan Chula University. Dah lepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke LCCT dengan menaiki shuttle bas ke sana. Lebih kurang jam 11 sampai di LCCT. Ada yang terus ke LCCT bersama dengan keluarga. Dah berkumpul di sana, saya di maklumkan ada sedikit masalah tentang passport saya. Sbb untuk keluar dari Malaysia, semua passport mestilah tarikh luputnya lebih dari 6 bulan, sedangkan saya punya tak sampai 6 bulan pun (peringatan:Make sure passport validity lebih 6 bulan ye lepas ni untuk keluar dari Malaysia) Selesai check passport dan barang2, lebih kurang jam 11.40 pagi. Kami perlu menunggu lebih kurang 2 jam untuk naik pesawat ke Bangkok. Sangat lama smpi boring duduk kat situ. Ambik gmbr la, rakam video la, gelak2 la. Sampai tak tau nak wat pe.

Jam 1.20, kami dah mula naik ke flight. Ini first time saya naik air asia sbb before this saya just MAS. Duduk dgn Kamil, sibuk lah tangan kami ambik gmbr, record video masa nak berlepas. Lebih kurang perjalanan selama 2 jam, kami tiba di Suvarnabumi Airport, Bangkok dengan selamat. Alhamdulillah. Lega sbb dah sampai. Selesai check passport, terpaksa menunggu sbb kami tak jumpa orang yang menguruskan transport ke hotel. Lebih kurang stgh jam, akhirnya kami dapat naik van untuk menuju ke Chatra Court, Sukhumvit. Lebih kurang 40 min perjalanan ke sana. Penat jugak la, tapi seronok dpt tgk keadaan sebenar negara org.

Sampai je di hotel, kami di beri kunci bilik dan masing2 terus naik ke bilik yang ditetapkan. Huh, lega dpt baring2 kejap, sibuk call hotel receptionist, suruh hantar itu ini. Yang paling penting ialah iron. Sbb baju sume renyuk. Tetiba yang hntr iron tu ada mention pasal swimming pool & spa (dengan pelat2 thai org tu, cuba gak speaking english walaupun tak faham sgt..heheh) Ape lagi, masing2 solat (mase tu konfius, tak tau mane kiblat, tapi dpt tgk matahari skit, lillahita’ala-Allah tahu niat kita nak solat) Belebush!! Berendam kat kolam. Mcm nak gile punye happening. Padahal 5 org je mandi. Mcm 10 orang dia punye kecoh. Hahah..

Balik ke bilik dengan keadaan pening, mandi air biasa dan terus baring. Masa tu lebih kurang jam 6 ptg (pukul 7 waktu malaysia). Tgh tgu call dari abg jai sbb mase dah set timing nak g makan malam jam 8. so ada 2 jam kena tunggu. Try call bilik abg jai, nak kuar makan awal, sbb masing2 dah kebulor mcm orang Somalia. hahaha… Rupa2 nya diaorg dah berjalan ke 7eleven cari simcard Thai untuk kemudahan komunikasi antara kami kalau ada ape2 hal di luar.Ceh, kitaorg dah kebulor, leh lak diaorg bersuka ria.huhuh..

Kul 8. cakap ngan driver cari kedai makanan islam. Ya Allah, lama gile baru sampai. Try rase tomyam dia. Mak aih, smpi menjilat mangkok.Hahaha..Tak de lah smpi mcm tu. Tapi mmg sedap gile. Kenyang sgt sbb tambah sepinggan lagi nasik extra. Hehehe…(kena 160baht-bih kurang RM16. mahal jugak sbb demand dia tinggi tapi tak banyak kedai makanan Islam) Habis tu terus je jalan2 area bangkok tu tgk Chulalongkorn University, tmpt esok nya ada presentation dan perjumpaan dgn student council di sana. Sampai di hotel, gosok2 baju dan prepare untuk keesokkan hari, the next challenge. Malam tu online skjp sambil tgk berita.

Day 2 – Selasa (25/11/08)

Seawal jam 5.30 pagi dah bangun. Sejuk gile bilik smpi nak mandi ni pun menggigil2.  Prepare baju semua dan berkumpul. Sampai di UoC (University of Chulalongkorn) jam 7, kami di sambut oleh 2 org Student Government representative UoC iaitu Name & Woon. Kebetulan masa tu ada majlis meraikan hari kematian King Rama V & VI sbb 2 king ni adalah founder UoC. Agak lama baru selesai dan masing2 memikirkan macam mane nak breakfast. Jumpa satu kiosk di situ dan kami dibenarkan untuk ambil ape saja yang kami nak. Mereka belanja. Haha, alangkah bahagia nya. Lepas tu, kami di bawa dengan bas UoC untuk melawat kawasan sekitar. UoC ni tak lah lawa sgt tapi di dalam ranking top university di dalam dunia, saya di fahamkan mereka lagi bagus dari Universiti Malaya. Kemudian, kami dihantar ke kawasan President Office sbb presentation akan diadakan di situ. Smpt la melawat ke bookstore mereka dan juga ada pameran buku. Terus ke conference hall untuk presentation. Agak kelam kabut bile laptop kami ada problem dgn projector yang disediakan. Terpaksa gunakan laptop student UoC tapi lepas tu semua ok. Kami diberikan waktu break lebih kurang stgh jam dan disajikan dgn snack ringan. Habis presentation tu lebih kurang pukul 1 lebih dan kami di bawa ke cafeteria dan sekali lagi di belanja oleh student UoC yang entertain kami. Best2..

Selesai tu, kami ke River Arcade untuk naik bot sepanjang sungai Chaopraya. Mmg best tapi agak mahal. Layankan je. Dapat tgk negara org ni bukan nye selalu, silap2 susah pun nak pegi lagi. Habis naik bot, terus berjalan2 dalam River Arcade. Tak beli ape pun, semua mahal2. Cuci mata dan kaki je lah.. Masing2 dah penat dan kami terus balik ke hotel. Prepare untuk kuar makan malam.

Malam ni agak special sbb Abg Jai akan bawa kami ke restoran melayu kawan dia di area Bangkok. Nama kedai tu Cili Padi. Dpt jugak merasa masakkan Malaysia. Mcm home sick je masing2.hehe.. Dapat la bual dgn bapa kepada owner restoran tu (En Sabri). Berbual sekejap kemudian kami meneruskan aktiviti ke Suan Lum (salah satu tempat membeli belah) untuk shopping. Benda paling best dalam dunia. Jalan di Suan Lum. byk gak barang2 menarik di situ, smpi tak tahu nak beli ape. Tshirt, cenderahati, beg2, lampu perhiasan..byk sgt.. Carik2 la ape yang patut untuk family & untuk diri sendiri. Tak lah shopping sgt, sbb duit pun tak byk. Beli ape yang patut.

Habis shopping, aku naik tut tut. Pergh, dia punya layan..best gile!!Kalau mat rempit tgk, mesti diaorg surrender. Gile la, cilok2 siap boleh berlumba lagi ngan tut tut yang lain. Pengalaman paling best. Balik dari Suan Lum, terus aku kemas2 barang dan online. Sempat aku tgk berita kat tv Thai, keadaan makin teruk di airport. Dan ia makin menakutkan aku. Tapi aku tetap berdoa agar semua nya kembali dalam keadaan yang baik dan selamat. Online smpi aku tertido.

Day 3 – Rabu (26/11/08)

Pagi ni lewat bangun sbb takde bende yang penting untuk diselesaikan. Bangun bersiap untuk ke UoC sbb dpt jemputan untuk melawat exhibition tentang academic mereka. Kami terus pergi sarapan yang telah disiapkan. Bile sume dah berkumpul, kami terus gerak ke UoC.

Apa yang menarik di exhibition mereka ialah mereka meletakkan concept pada exhibiton ni. Theme mereka ialah Global Warming untuk Faculty of Arc. Setiap faculty ada concept/theme masing2 yang represent faculty mereka. Mmg happening. Sempat aku gi melawat Engineering faculty diaorg sbb SE punye course termasuk dalam engineering punye area. Menarik dan membanggakan. Yang paling menarik ialah mereka punya robot. UoC memegang title Juara Dunia di dalam robotic selama 2 tahun selepas robot ciptaan mereka menang di dalam pertandingan dunia. Mereka menggunakan kombinasi sensor, machine dan programming di dalam robot tu dan sekaligus memenangi title dunia selama 2 tahun. Sangat membanggakan.

Lepas penat melawat exhibition, kami pergi lunch di Cili Padi sekali lagi. Then tumpang solat di situ sbb lepas tu nak g berjalan lagi. Next plan ke shopping area Pratunam and MBK. Sampai di Pratunam tu mcm best, byk jual baju2 n jeans. Tapi hampeh! Sume tak menarik. Sume berjalan2 cuci mata je sbb tak de ape yang rase bagus untuk dibeli. Sume tak lawa. Kuar dari Pratunam tu dgn perasaan kecewa. Igtkan boleh rembat 2 3 baju ke, jeans ke..last2 tak boleh.ceh..

Pegi ke MBK. Sama jugak. Kecewa skali lagi. Tak jumpa bende yang berkenan. Ada lah kwn ni beli beg, tapi yang lain nganga je..sbb tak menarik. Singgah tempat2 jual roti, sbb malam ni malas nak dinner kat luar, plan nak dinner kat hotel. Nampak roti2 tu mcm menarik, tergerak lak sorang ni nak tanya kakak yang pakai tudung, assistant kat situ. Terkejut sbb dia ckp “not halal, have pork”. Ha.. Kempunan la jwb nya masing2. Terpaksa beli plain roti. Then terus balik ke hotel.

Malam lepas dinner lebih kurang, kami plan nak repeat balik ke Suan Lum sbb siang pergi tmpt2 yang tak menarik langsung. Just nak beli skit lagi untuk my mom sbb smlm tak jumpa. Dah habis tu, ada lak yang lepaskan gian naik tut tut 2nd round. Lepas habis semua kami balik ke hotel & abg Jai inform ada short discussion untuk balik esok. sbb kami hadapi masalah skit nak balik.

Masalahnya adalah jalan ke airport telah ditutup oleh pihak anti-kerajaan yang dah mengepung kawasan Suvarnabumi Airport yang mane sume penerbangan dah di cancel kan. So, kami pun dah dikira terperangkap. Dalam masa discussion, sempat lah kami tgk news. Kesian kat makcik2 yang nak pegi haji, terpaksa tidur di airport dalam keadaan mcm tu. Siap bertelekung dan bertasbih. Rase sedih tu muncul tiba2. Sepanjang perbincangan, kami telah outline beberapa solution untuk pulang ke Malaysia. Thanks to Abg Jai & Amin yang bertungkus lumus memikirkan alternatif terbaik untuk kami. Abg Jai ada berhubung dgn En Mizi, wakil kedutaan Malaysia di Songkla untuk arrange bas kami ke KL.

Day 4 – Khamis (27/11/08)

Lewat gak bangun pagi ni. Saje je bangun lewat2. Barang sume dah separuh siap. Tinggal skit2 yang belum dikemas. Sibuk dok tgk news ape keadaan di airport, dgn harapan airport akan dibuka semula dan kami boleh balik dgn kapal terbang. Tapi hingga 11 pagi, tak de perkembangan bagus dan maknanya kami kena balik lalu darat. Takde peluang lain. Masing2 packing barang dan terus checkout dari hotel lebih kurang jam 12.15 tghari.

Kami menuju ke satu station bas. Jalan yang akan kami lalui ialah Bangkok – Hattyai – KL. Alhamdulillah, kami dpt bas ke Hattyai. Walaupun tiket mahal skit, tapi takpelah, redha je sbb nak sangat balik Malaysia. Tuhan je yang tahu mcm mane keadaan perjalanan tu. 17 jam ke Hattyai. Bangun tido, bangun balik, tido balik. Tak sampai2.  lebih kurang 3 kali kami berhenti untuk makan & solat. Setiap kali berhenti, mesti aku beli something untuk aku bwk balik. Makanan lah yang penting. Dari siang nampak matahari, smpi lah ke malam, tak sampai2.adoh, smpi sakit badan.

Day 5 – Jumaat (27/11/08)

Aku celik mata. Tgk jam, kul 8. Tetiba bas berhenti dan suruh kitaorg turun. ALHAMDULILLAH, kami dah sampai di Hattyai. Lega skit hati aku. Dengan keadaan letih tu angkat gak barang2 turun. Abg Jai & Amin sibuk uruskan bas nak ke KL. Thanks.

Kami sibuk pi carik toilet, basuh muka, gosok gigi. Rase rimas sbb pakaian tak bertukar. Naik geli rasenya. Pastu g breakfast kat kedai mamak tu. Kebetulan En Mizi ada dtg melawat kami dan dia yang bayar duit sarapan. Thanks to En Mizi. Dalam lebih kurang sejam lebih di bandar hattyai tu, akhirnya bas sampai dan semua dengan perasaan teruja naik ke bas.

Bukan main seronok lagi nak balik ke Malaysia. Kemudian smpi di sempadan, kena check passport & barang2. Then kami singgah di Duty Free. Sempatlah aku sakau coklat nak makan kat rumah. Hattyai KL pun lama gak.dalam 10 jam.

Akhirnya..hampir 10 jam mengharungi perjalanan. aku smpi jugak KL. Alhamdulillah..syukur pada ALLAH. Sam, adik ina hntr aku balik. Tapi sblm tu aku singgah makan di HR di kg Baru sbb lapar sgt.

Pengalaman 27 jam tu akan tercatat dalam memori di samping terpaksa menempuh emosi yang bercampur2. Harap2 ia akan menjadi batu loncatan untuk aku menjadi seseorang yang lebih matang suatu hari nanti.

Gambar2 tak leh upload. Internet cam hampeh

Advertisements