Alhamdulillah, syukur kepada rahmat Al-Karim kerana satu majlis pernikahan kekanda tersayang telah selamat di jalankan siang tadi. Syukur yang tak terhingga sekalipun masing2 sudah kepenatan tahap Gaban, Power Rangers dan Ultraman.

Kami 2 beradik memang agak rapat kerana jarak umur yang dibezakan 3 tahun dan masing2 open untuk cerita masalah antara masing2. Aku agak kesedihan tetapi dalam masa wujud juga kegembiraan kerana pilihan hatinya sudah selamat diijabkabulkan dan mereka sah menjadi pasangan suami isteri. Kesedihan tu wujud sbb lepas ini dia sudah ada komitmen yang lagi besar iaitu terhadap suaminya. Tapi aku mesti menerima hakikat yang dia sudah wajib menyediakan tanggungjawab sebagai isteri.

Gambar hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki


Majlis yang bermula jam 11 pagi telah dipersiapkan seawal jam 9. Penyediaan makanan yang telah diketuai oleh Pakcik Majid mendapat pujian ramai org. Pakcik Majid ni telah mengendalikan semua majlis perkahwinan kakak2 dan abang2 aku semua. Lagi satu, dia ni senang di ajak berunding dalam banyak hal..

Tetamu mula berkurangan seawal jam 4.00 ptg dan masing2 dah jadi slow sbb dah kepenatan. Aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan air minuman. 2 jenis air telah dihidangkan iaitu air mata kucing dan air katira.

Jam 2, pengantin lelaki tiba di rumah dan majlis bergambar telah dijalankan. lebih kurang jam 2.30, keluarga pengantin lelaki telah berangkat untuk pulang ke Perak. Majlis berakhir jam 5, tapi masih ada tetamu yang dtg tapi dalam kuantiti yang kurang.

Jam 6, operasi membersihkan barangan dan rumah bermula. Masing2 ambil ‘pot’ masing untuk memastikan semua nye clear. Lebih kurang jam 8.30, semua dah mula berehat sbb tak larat. Cuma ada tinggal sikit2 je yang masih belum dikemaskan.

Jam 11.30 mlm, kami berempat anak beranak kuar untuk minum malam (bahasa Jawanya dipanggil “ngeteh”) kat kedai berhampiran. Banyak yang dibualkan, di gelakkan dan dibincangkan untuk memastikan majlis perkahwinan seterusnya lepas ni dapat diperbaiki dari sudut beberapa perkara. Aku lah pengantin seterusnya sbb cuma tinggal aku je yang belum kahwin. Huhuhu..

Aku dah lalui semua majlis kahwin kakak2 dan abang2 aku, maknanya lepas ni kami dah tak boleh buat kesilapan yang sama. Ni pun mata dah ‘piow’ dah ni. So kena rehat awal sbb esok nak pulangkan barangan yang disewa.

Apepun, selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke anak cucu. Amin Ya Rabbal A’lamin.

* Note: Gambar tak byk sgt sbb tak smpt nak snap masa tgh kerja, nanti aku upload bila aku free.

Advertisements