official_twilight_movie_poster

Last week sebelum balik kg, aku g jalan ngan kawan aku. Mula2 g makan pastu lepak kat KLCC. Aku ni susah sgt la nak tgk movie, apatah lagi aku ni jenis bukan kaki wayang. Saje la nak jalan2 sebelum aku balik kg.

Tergerak lak nak tgk Quarantine, tapi masa tu bile dah discuss, kwn aku ni nak tgk Twilight. Aku layankan je. Ambik tiket midnight, kul 11.45 kalau tak silap aku.

Plot cerita mula2 tu mmg slow, smpi aku mengantuk. Dah lah sejuk, lupa nak bwk jacket sbb tak sangka lak smpi nak g tgk wayang. Cerita ni mengisahkan pasal seorang pompuan pindah dari rumah yang asalnya dia duduk dgn mak & ayah tiri dia ke rumah yang ayah kandungnya. Dia pun pindah ke kolej baru dan berkenalan dgn sesorang yang mmg ramai ckp mamat ni seseorang yg sgt susah dikenali.

Pertemuan yang cukup tragik bile lelaki ni menyelamatkan perempuan ini dari dilanggar kereta dan rentetan daripada tu, dia terus diselamatkan oleh lelaki ni. Hinggalah perempuan ni tahu siapa sebenarnya lelaki ni yang seolah mempunyai super power.

At last kantoi gak, rupanya lelaki ni vampire. Dan dia punyai sebuah keluarga yang sama dengan dia. Sampai lah satu point yang perempuan ni jatuh cinta pada si vampire ni. Dan si lelaki ni dah diperkenalkan kepada ayah perempuan ni dan jadi satu perisitwa lelaki ni bawa perempuan ni utk berehat & main baseboll bersama keluarganya, mereka telah di datangi oleh group vampire jahat dan perempuan ni diburu oleh group tu.

Dipendekkan cerita, group baik dan group jahat ni bergaduh dan si baik perlu selamatkan perempuan ni sbb dia ni manusia biasa yang biasanya dijadikan bahan makan oleh vampire.

Ending nya, sorg daripada vampire jahat ni di bunuh kerana cuba membunuh perempuan ni.

Rating : 3.5 bintang

Advertisements