wro

Dari hari tu dah nampak bunting tergantung kat campus. WRO ni. Aku teruja nak g tgk di UIAM, Gombak. Bile dah smpi sana, mcm sambutan tu kureng skit, maybe sbb student tgh cuti. Just .ada banner kat depan, pastu tak tau mane entrance. Nasib baik le ada org yang lalu kat situ.

Aku igt exhibition sahaja. Tapi ada gak pertandingan. Exhibition tu agak teruja sbb dpt tgk robot2 yang bagus, sekalipun untuk pameran sahaja (takde specific function), tapi agak memberansangkan. Wakil exhibition di antaranya ialah UniKL BMI, UniKL MFI, KakiRobot (siap reg lagi keahlian), Bank Islam dan mcm2 lagi.

Ada jugak robot untuk education. Tapi harga tak igt. Robot untuk education untuk budak umur 7 tahun harga dia mencecah RM100++. Yang untuk 10 tahun, harga dia RM400++. Ada jugak yang untuk sekolah menengah, tapi tak tanya harga. Agaknya dah RM2000++ kot. Mmg mahal tapi mungkin bagus untuk pembelajaran sejak di bangku sekolah lagi.

Apa yang best di WRO (sbb ni first time aku pegi), pertandingan yang dijalankan tu kebanyakkan nye di kalangan kanak 9 – 13 tahun dari negara2 yang terlibat (Malaysia, China etc). Byk games berdasarkan robot dipertandingkan. Kagum tgk mereka, di saat usia semuda tu, mereka dah tahu mcm mane nak mengendalikan dan mengubah robot(s).

Apa pun, selamat maju jaya kepada team Malaysia, semoga dapat mengharumkan nama negara di mata dunia. InsyaALLAH…

Advertisements