Alhamdulillah, 2008 membawa makna dalam hidup aku sebagai sesiapa pun, sebagai anak, sebagai kawan, sebagai teman, sebagai special friend, sebagai ape2 pun lah.

Bukan senang nak jadi berada di tempat ini kalau dahulunya kita tak berada dalam keadaan susah dan gagal. Aku belum dianggap berjaya, cuma masih berada di kaki tangga kejayaan untuk dicapai dalam berpuluh2 anak tangga lagi. Tapi, sedikit demi sedikit tangga yang aku daki tu ada yang senang, ada yang susah, ada yang sgt susah, ada yang dengan airmata, ada yang dengan hilai tawa, ada yang benci membenci dan kemudian baik semula. Haish…mcm2.

2008 tahun yang meninggalkan kisah perit dalam kisah cinta aku. Sangat perit.. Ada masa yang aku tak mampu nak fikir secara positif, ada yang aku ambil posotif sepenuhnya. Cinta, sayang bukan boleh dibuang di mcm sampah. Aku kena lalui beberapa episod sedih dulu, baru aku akan kuat. Aku dah lalui byk episod sedih. Tapi aku biarkan ia di dalam memori.

Kejayaan? 2008 hanya tahun yang biasa. ada 2 3 kejayaan aku dpt. Alhamdulillah, aku masih bersyukur ALLAH nak kasi nikmat kejayaan pada aku. Terimas ALLAH. Aku berjaya jugak kuar dgn product aku yang tak seberapa, first trial. Mmg penat, tapi berbaloi sbb aku tak pernah wat, ni hasil usaha aku yang pertama. DVD cover.

Kerja 2008, tak berapa best. Aku dah hilang semangat nak teruskan. Usahawan & JPM. Usahawan makin serabut. Aku tak sanggup nak mengadap. JPM lagi serabut. Dulu kerja di usahawan aku enjoy bekerja, sekarang dah jadi terpaksa. JPM? Haprak. sakit hati je lebih. Politik, sakit kepala. Aku perlukan rehat. 3 tahun aku kerja dgn HEMs, tenaga non-stop smpi tahun ke dua. Penat gile.

Setahun aku mencari cinta, aku masih tak jumpa yg sesuai. Jumpa di pertengahan, gagal. Gagal dan terus gagal. aku letakkan cinta pada dia, ntah lah. bila aku balik ke zaman tu, aku sedih. Terasa hati aku dipalu, di cederakan dengan senjata yang diperbuat dari kata2 dan cinta. Haiyoh..Jiwa kacau. berminggu2 smpi aku tak selesa. Sampai bile agaknya aku nak macam ni…sampai bile…sampai cinta tu menyapa semula?

Jika 2008 ada kenangan yang pahit terpaksa aku tinggalkan, 2009 aku harapkan sinar yang lebih baik setiap hari. Semoga aku dan semua kawan2 tak mengira agama, bangsa akan selalu sihat, ceria dan bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan…

Advertisements