mimi-copy

Alhamdulillah, akhirnya satu episod cinta sudah berakhir dengan sebuah akad nikah yang sah di saksikan Tuhan Yang Maha Esa dan seluruh keluarga kedua-dua belah pihak.

Sudah sekian lama bersama, sudah sekian lama menyatukan persefahaman, ALLAH meredhakan juga akhirnya. Kami sekeluarga berangkat ke Parit Buntar jam 10 malam dan tiba di home stay di Parit Buntar jam 8.30 pagi. Berehat di homestay lebih kurang 4-5 jam untuk ke rumah pengantin.

Majlis jam 1.30 pagi di meriahkan oleh saudara-mara dan jiran tetangga. Kehadiran kami di sambut oleh saudara mara. Sekalipun tiada paluan kompang, majlis tetap meriah. Keluarga kami diberikan 2 khemah khas untuk makan beradap bersama pengantin. Lauk yang dihidangkan sangat special, dan mmg best.

Kami pulang ke Johor lebih kurang jam 3.45 petang dan sempat lagi singgah di RnR Bukit Gantang untuk shopping sikit buah-buahan untuk di bawa pulang.

Sepanjang perjalanan dan peristiwa di sana

Advertisements