untitled-2-copy

Permainan politik Malaysia, tak kisah lah kat mana2 pun, tetap dilihat sebagai satu platform untuk menaikkan individu, parti, rakyat dan sebagainya. Universiti kita pun dah di momok kan dengan politik “pening kepala” yang semakin popular di kalangan mahasiswa masa kini. Kenapa ini berlaku..? Pada pendapat saya ianya berlaku mereka memerlukan stepping stone untuk menuju ke puncak, kalau cara nya betul, tak kisah lah, tapi kadang2 nampak ketara caranya salah. Pancing undi pun perlulah ada cara yang betul dan tidak menyalahi etika kemanusiaan.

Selalunya yang kita dengar apabila dekat dengan pilihanraya.. “RM X juta telah diperuntukan kepada sekian kaum/penduduk untuk membaiki/…..(bermacam-macam)” Sebagai rakyat Malaysia yang cerdik pandai, kita sudah boleh fikir secara rasionalnya tentang bantuang yang mencurah datang sewaktu hampir dengan pilihanraya. Kita mahukan bantuan datang setiap masa dari wakil rakyat yang kita wakilkan suara kita sebagai  rakyat yang mahukan kebebasan bersuara, bukan time2 kritikal macam ni.

Dahulu, gelombang yang wujud kadang kala tenggelam di dalam kegagahan penjuang2 politik bersuara, tapi kini ia tidak lagi. Rakyat malaysia mahukan pembaharuan di dalam struktur pemerintahan negara, yang mana ketua mestilah seorang yang boleh di dengar cakapnya, rasuah dikurang kan hinggalah tiada, tiada politik wang berleluasa, barangan di pasaran di jaga harganya, dan mcm2 lagi.

Kuala Terengganu kali ini menyaksikan pertempuran antara PAS, BN dan BEBAS. Setiap dari mereka mempunyai strong point dalam menyuarakan kehendak rakyat. Sebagai org luar dari Terengganu, sekalipun agak terlewat, saya mngucapkan takziah kepada wakil rakyat yang pulang ke rahmatullah, agar ALLAH memberi rahmat atas ape jua jasa beliau dalam membangunkan Kuala Terengganu.

Kali ini Hudud menjadi topik bualan perang. Kenapa ye? Adakah kerana ia sesuatu yang zalim? Pada saya tidak. Kerana Hudud adalah satu hukuman kepada pesalah yang sangat adil bagi pencuri. Kenapa perlu takut kalau kita tak buat salah. Itu pointnya. Kita nak mengurangkan perilaku salah ini di sesebuah tempat agar pencuri kurang, harta terjamin keselamatanya. Mmg implikasi nya banyak, tapi faedahnya? Fikir2 kan..

Advertisements