page0_blog_entry16_1

Yosh, akhirnya hari yang ku tunggu nak tgh cerita ni yang mcm best akhirnya termakbul. Tadi pegi tgk kat Brem Plaza (dekat2 dgn Sg Mas building, Kepong) Tadi mula2 kawan aku nak tgk cerita Yes Man (Jim Carey), tapi waktu nya agak lewat skit, so, terpaksa pilih cerita lain. Tgk lah The Day The Earth Stood Still. Sbb cerita ni dah lama dah aku nak tgk sbb aku impikan cerita dia ni mcm cerita The Independence Day.

Dah masuk wayang, dah lah sejuk nak mampus, terlupa bawak jacket. Aish…mmg gegel la jawabnya.Sampai tekencing aku. Aku sangat benci di ganggu rase nak kencing bila tgk wayang, sbb aku akan mis part yang best.huhu..tapi aku still dpt catch-up part yang penting. Cantek!

Cerita ini mengisahkan satu sfera yang menghampiri bumi dan mungkin ada bende yang buruk kepada bumi. Dibintangi oleh Keanu Reeves tapi nampaknya kali ini, beliau gagal meninggalkan impak yang besar kepada penonton kerana plot yang kurang menarik.

Konflik berlaku apabile KR di hantar ke bumi untuk menyelamatkan bumi dari terus dipunahkan oleh manusia dan tugas dia adalah untuk menghapuskan manusia. Tetapi, KR telah bertemu dengan seorang doktor yang menjadi agen rahsia dalam misi menyelidik apa sebenarnya yang telah wujud (iaitu sfera berbentuk globe) dan mengatasi ape jua kemungkinan.

Dalam masa yang sama, unit ketenteraan US telah cuba menyerang satu makhluk yang muncul disebalik sfera yang wujud di tengah2 Manhattan dan cuba menghapuskannya, malangnya gagal. Klimaks berlaku apabila sekumpulan besar serangga berbentuk labah2 menyerang bandar US dan menghapuskan apa jua yang mereka jumpa. Dan doktor itu meminta bantuan KR untuk menghentikan serangan serangga itu dan meminta satu peluang utk manusia mengubah keadaan dan sikap dari terus merosakkan bumi.

Ending cerita yang pada aku kurang menarik, kerana klimaks nya hanya sekejap. Serangga itu mati dan bumi kembali pulih apabila sfera2 itu telah pulang ke tempat asal (agaknya la..)

3 STARS!

Advertisements