Hari ni dah hari kedua aku cuba settlekan pasal kereta ni. Alhamdulillah, byk gak yang dah selesai. Cuma tinggal beberapa perkara yang belum sempat aku tgk, insurance & bank. Lain sume dah settle. Tinggal tunggu kete. Mungkin ada org yang tertanya, ape bende lah post ni.

(mase tgh taip post ni, modem aku wat hal. mangkok, beli mahal, wat prob lak) Ptg ni aku baru je balik dari Toyota, settlekan payment cengkeram untuk booking kereta. Penat, ke sana, ke sini, pegi bank. Adeh, tapi lega dah settle.

Aku pegi outlet Batu Pahat & deal ngan Mr Law (Sales Advisor) kat situ. Selamat cara dia entertain tu ok. Sbb smlm masa aku jumpa dia tu , betul2 aku kepenatan. Mana tak nya, aku bertolak dari KL jam 10 pg, smpi rumah dalam pukul 3. Makan & rehat jap, pastu terus gerak ke rumah kakak aku, lepak jap dalam 1 jam. 4.45 aku dah bergerak ke Batu Pahat. Mcm nak pecah kepala sbb penat. 5.50 aku tiba di outlet Toyota. Deal pasal bayaran semua, pastu dia kasi test drive Vios. Wah, sangat best!

Before this pakai kereta malaysia, terasa jauh beza ngan Vios. Kebetulan bawak auto mase test drive, so tekan je lah myk. So far aku mmg puas hati ngan Vios. Pastu terus sign dokumen (untuk booking). Aku pilih J Spek je sbb itu yang paling murah. Dia beza ngan lain tu sbb extra aksessori je. Bukannya ape pun. Aku nak warna silver, tapi family aku nak warna hitam, so terpaksa layankan. Hitam susah nak jaga, kalau ada calar skit pun dah nampak dan senang kotor.

Pastu Mr Law ada offer untuk tambah tint & spoiler. Aku ambik gak sbb bende tu kalau nak pasang kat luar, lagi mahal. Baik ambil original terus. Cover dalam warranty. Lagi bagus.

Hari ni punye case, berkejar ke bank dulu, baru g hantar duit. Tu pun dah dekat2 jumaat baru smpi. Hari ni betul2 confirm color ngan spek ape yang aku nak. Tadi bile aku tanya pasal plat ape aku dpt, dia ckp mungkin aku akan dpt JLK …. Aku settle bayaran dalam jam 1.25, terus berkejar solat kat Masjid Sultan Ismail kat Jalan Kluang – Batu Pahat.

Tapi sebelum aku blah, aku tanya semula bila aku akan dpt kereta ni. Dia just ckp dia tak leh janji. boleh jadi 1 minggu, boleh jadi satu bulan. Anyting dia akan call aku. Sbb skrg ni mmg banyak dalam queue, tapi dia akan cuba selitkan booking yang aku buat awal untuk ambil stok 2009. Mmg boleh dpt stok 2008 (tolak lagi RM2000, tapi tak best la bila nak trade in nanti).

ronstudios_6812

ronstudios_6811

Tgu sikit nye lama dia nak settlekan. Rase geram je. At last, aku bawak kuar camera, snap sesuka-suki hati aku
ronstudios_6816

Mungkin ada yang pelik mcm mane aku dah leh angkat kete baru ..? (celah mane aku nak dpt duit sedangkan aku tgh belaja..) Gambar di atas ni adalah masterpiece di sebalik drama ni. Ni lah bos besar aku. Huhu.. (jgn marah mak) Dia lah yang selama ni bayar kete aku yang sebelum ni (kete je nama aku, tapi mak aku yang bayar. Bermakna, milik bersama). Anyway thanks to my mom, dia banyak berkorban untuk kesenangan aku. Sampai kete pun dia bayarkan. Tersangat besar jasa dia pada aku dari kecik ni hinggalah dah beso2 ni. Mak, adi tak mampu bayar balik ni semua, tapi adi akan cuba jadi anak terbaik (cewah..!!ayah tak leh tahan)

toyota-vios-interiorVIOS, aku tgh tgu ko ni!!

Advertisements