ronstudios_7214

Terus menerus usahawan dalam diri aku. Kali ni ke UUM plak untuk KARNIAWAN 2008 – Konvensyen dan Karnival Usahawan Peringkat Nasional 2008. Kali ni UUM jadi tuan rumah untuk program berprestij ini.

Kali ni, ape yang menariknya ialah aku sendiri telah menyertai satu pertandingan iaitu Pertandingan Projek Keusahawanan Terbaik. Aku membawa “Gerak Usahawan UniKL 2008” sebagai satu program yang dianggap satu platoform untuk mencipta usahawan-usahawan baru di UniKL. Aku yang bertindak sebagai pengarah projek untuk Gerak Usahawan cuba untuk mengenengahkan nama UniKL setanding dan seiring dengan IPT yang lain

UniKL telah meraih 3 anugerah iaitu Pertandingan Rancangan Perniagaan Terbaik (Tempat ke 2-UniKL BMI – Wireless Health), Anugerah Usahawan Siswazah Terbaik (Saudara Fairuz) dan Supervisor Usahawan Terbaik (En Azman bin Arif).

Apapun, apa yang kita sume harapkan agar UniKL khususnya dan IPT lain umumnye terus menerus melabur usaha untuk melahirkan usahawan mahupun teknousahawan berjaya di satu masa akan datang.

ron

Advertisements