Hari Ahad lepas (1/2/09) ada kawan aku ajak pegi Bukit Jalil ada Astro Fest. Mmg mcm excited la sbb tak pernah lagi pegi. Mmg best sbb banyak bende kat sana. Makan selagi boleh masuk, ada live show, dan dpt cenderahati dari Astro.

Lebih kurang jam 5 lebih smpi sana. Orang dah ramai. Terus tunjuk tag kat tangan & dpt la goodies bag. Masuk2 je dpt la tgk Adi Fashla & Ray (deejay Era.fm) bercoloteh kat atas stage. Memeriahkan lagi function tu.

Aku pun terus je la carik makanan yang boleh di sambar. Dpt makan mee rebus, satay & banyak lagi. Lebih 20 gerai makanan menyediakan makanan untuk pengunjung secara PERCUMA. Tu yang paling penting.

Dah pusing2 kat situ, tetiba dgr diaorg announce yang band seterusnya ialah Bunk Face. Cepat2 ambik pot depan stage. Cewah, peminat lah katakan.

bunk-copy

Ada 6 lagu yang diaorg bawak. aku pernah dgr 2 je dari 6 lagu. huhuhu.. Revolusi & Situasi. Tapi mmg best! Aku blah lebih kurang kul 8. Penat kaki siot.Tapi ada gak yang tak best. Aku balik aku sakit perut 2 hari. Adoyai..

Advertisements