pink_panther_two_ver2

Ni first time tgk Pink Panther, sbb aku tak tgk yang PP 1, aku terus tgk PP2. Bagi aku ok je,tapi kawan aku ckp plot cerita lebih kurang dgn PP1 dari segi suprise dan klimaks.

Mengisahkan satu team penyiasat (Dream Team) yang ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan barang2 purba yang diletakkan di muzium. Diketuai oleh Inspector Clouseau dan ada lagi beberapa team mate untuk membantu. Malangnya, Clouseau ni ada perangai pelik yang sukar diterima oleh team dia sendiri termasuk lah dia pernah membakar satu restoran (secara tak sengaja) dan dalam PP2 ni pun dia terbakar gak restoran yang sama.

Siasatan yang di jalankan kurang menarik, tak ada plot yang memerlukan konsentrasi penonton. Lawak mmg ada, cuma ia nya perlukan suntikan yang lebih untk jadikan ia lagi menarik.

Klimaksnya apabila sebenarnya pencuri itu adalah salah seorang dari team penyiasat itu sendiri! Di lakonkan oleh Aishawarya Rai sbg salah seorang penyiasat. Ending nya, dia telah ditangkap dan Clouseau mendapat nama sbb dah menyelesaikan kes tu.

Bintang : 3.5 stars!

Advertisements