Akhirnya dpt gak aku tgk 2 movie ni. Kita baca skit review yang aku dah buat (sekalipun cite2 ni dah lama ditayangkan =P)

streetfighternewposter

Street Fighter | The Legend of Chun-Li

Mengisahkan seorang anak kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan musuh di sepanjang cerita ini, Bison. Chun-Li di besarkan di dalam kemewahan dan sering  berpindah randah. Gemar bermain piano, dan kemudian belajar wushu dengan bapanya. Bapanya telah di tangkap oleh Bison dan dijadikan org penting di dalam perniagaan gelapnya di Bangkok.

Segala-galanya bermula apabila Chun-Li menerima satu menifesti China purba dan ia ditafsirkan sebagai cahaya untuk Chun-Li. Chun-Li ditakdirkan bertemu dengan Gen, bekas ahli kumpulan Bison yang kini sudah bertukar fikiran untuk melindungi mereka yang tidak bersalah. Di situ Chun-Li mula menajamkan skill di dalam pertahanan diri dan berazam untuk mencari bapanya yang sudah dikenal pasti berada di Bangkok; bermakna dia perlu berhadapan dengan Bison.

Bermula di pelabuhan dengan perbalahan diantara askar Bison dan juga askar kerajaan yang di ketuai oleh seorang pegawai dari Interpol. Akhirnya Chun-Li berhadapan dengan Bison, musuh ketatnya setelah Bison membunuh ayah Chun-Li di hadapan matanya sendiri.

Klimaks ketika bertempuaran Chun-Li dan Bison. Akhirnya Bison kalah di tangan Chun-Li.

Bagi yang tgk cite ni, mesti perasan Gen ada berckp pasal Ryu dari Japan. Mungkin kah ada Street Fighter II? Tunggu dan saksikan nanti..

4 Bintang

poster_geng_med

Geng: Pengembaraan Bermula | Upin & Ipin.

Badrul ni aku jumpa semalam, tapi dia sibuk layan peminat2 kecil di Karnival Usahawan, Puspanita. Geng menggegarkan panggung wayang dengan plot cerita menggabungkan komedi, seram dan sedih. Badrul adalah cucu Tok Dalang, datang ke kg di mana Upin dan Ipin menetap bersama dengan seorang kawannya, Lim.

Kekecohan bila dah kenal ngan Rajoo, budak India kg yang suka bermain dengan lembunya. Mereka telah bermain di kawasan hutan, mase tu Badrul & Lim nak pergi cari durian di dusun. Mereka sesat apabila cuba mencari Upin dan Ipin yang sedang enak mengejar seekor binatang comel, Opet.

Mereka masuk ke hutan yang penuh dengan misteri dan penyagak. Opet banyak membantu mereka di dalam hutan sehinggalah mereka terjumpa dengan penyangak yang mencuri haiwan terpelihara. Penyangak ni ditumpaskan oleh mak Opet dan sume nya selamat.

Production Team movie Geng, teruskan usahaw sbb movie ni mmg best!! Rugi bagi yang tak tgk. Sesapa yang tak tgk lg, pergi lah ke wayang berhampiran sbb tayangan movie Geng ni sampai hari Rabu (4/3/2009) ni je.

4.7 bintang!!

Advertisements