17/8/2009 adalah satu tarikh yang memberi satu impak sanubari apabila kehilangan seorang kawan. kerana kemalangan jalan raya. Kawan yang periang dan senang di bawak bincang. Taufiq atau nama panggilan ‘Dot’.

Terasa sedih masih memerangkap hati. Rakan serumah 2 tahun lepas, selalu lepak skali, makan skali, tetiba pulang ke rahmatullah. Agak mengejutkan sbnrnya. Secara jujurnya, memang selalu bergurau sekali, saling bahan membahan dgn gelagat dia.

Tapi tak sangka, dia dah dijemput lebih awal. ALLAH lebih sayangkan dia. Masih terigt masa duduk serumah, lawak dia je dah cukup buat org lain ketawa berdekah2. Ada yang marah, ada yg gelak. Tapi semuanya kenangan. Hanya tinggal sekeping memori yang takkan usang di ingatan. Ni lagi dah dekat2 puasa, lagi terasa sbb kami pernah sahur bersama dan berbuka bersama. Dia ni bukan jenis kedekut duit..Itu lah taufiq.

Taufiq, aku mmg akan igt kau selama hayat aku. Sekalipun kita dapat berkawan dalam masa yang singkat (tak smpi 3 tahun) tapi sekurang2nya kau pernah jadi kawan aku.

Taufiq, berbahagialah kau di sana saat jiwa itu benar-benar dekat denganNYA. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Kami di sini tidak akan pernah melupakanmu wahai sahabat.. Amin, perkenankanlah..

Advertisements