Copyright ronstudios “Pokcu dan keluarga kita akan sentiasa merindui & mengingati Ammar” – Al-Fatihah

Daripada handphone Sony ke laptop Compaq, aku masih lagi mahu menulis. Sekalipun aku tahu dia tak mungkin kembali, tetapi aku rasa dengan penulisan, meluahkan segala-galanya aku dapat melegakan sedikit kesedihan yang masih membungkam.

Aku cuba sebaik mungkin mengatur kata-kata, biar tiada yang terluka. Soal ini tidak boleh di buat main, sbb ianye melibatkan emosi orang lain.. Emosi keluarga rapat yang masih lagi di dalam proses recovery selepas apa yang terjadi..

Saat jari terus menekan keyboard ni untuk melengkapkan frasa kata yang tak terungkap, air mata sudah tak mampu dicurah lagi. Aku tak tahu di mana permulaannye, tapi aku masih belum sepenuhnya recover. Masih terngiang2 setiap kata2, keletah dan juga tangisan. Tapi ia semua hanya tinggal kenangan.

Arwah Ammar Izuddin bin Arippazilan, telah Allah tentukan hayatnya apabila terlibat dengan sebuah kemalangan mengerikan melibatkan sebuah motor, van dan trailer membawa batu bata. Motor dinaiki arwah Ammar yang ditunggangi pengasuhnye, arwah K Ina, telah keluar dari satu simpang dan menuju ke satu tempat. Malang tak berbau bila dia telah dirempuh dari belakang oleh sebuah van IKBN dan kemudian mereka berdua jatuh. Ada saksi yang mengatakan K Ina masih cuba selamatkan ammar selepas jatuh tapi Allah lagi sayangkan mereka, trailer yang cuba mengelak dari melanggar mereka akhirnye terlanggar juga dari bahagian tayar belakang trailer itu. Tragedi menyayat hati ini menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.. Dunia kami sekeluarga gelap seketika. Ini kali pertama dalam keluarga kami dicuba sebegini.

Aku sewaktu diberitahu berita ni, aku seolah2 tak percaya. Mmg aku tak percaya. Di masa itu, hati mana yang tidak sedih atas kehilangan ahli keluarga sendiri. Lagi-lagi kanak-kanak sekecil ini.. Aku ditenangkan kawan-kawan, dan keluarga. Selamat aku mampu balik ke alam nyata selepas hilang seketika.

Malam masa kenduri arwah bile Fatihah itu ditujukan khas untuk arwah, aku hanya mampu tunduk dan secara automatik, semua kenangan tu kembali segar di ingatan – dia menangis sbb tak boleh kena dukung dgn org lain kecuali baba dia, atau mama dia, merajuk bile dia xdpt barang yg dia nak, dan mcm2 lagi..

Copyright ronstudios “Baba & Mama akan sentiasa sayang Ammar” – Raya 2009

Gambar ni di ambil sekitar tahun lepas, semasa hari raya. Masa ni arwah meragam masa mula2, muka pun dah masam kelat, tapi pastu bile di agah2, dia ok. Ammar ni dikira anak betul2 anak kesayangan, susah nak berenggang dengan si baba, si mama walaupun garang, dia tetap syg. Itulah keluarga. Arwah selalu main dgn nenek dia, bila dia di rumah. Main pusing2 satu rumah. Tapi semua kini tiada lagi.

Rindu, itulah yang pasti. Tak sempat arwah nak menyambut hari lahirnye yang ke 3 pada 31 Ogos ni. Ya, arwah adalah anak merdeka seperti mana keluar di dalam surat khabar Sinar Harian Edisi Johor pada 4/8/2010 “Anak Merdeka Maut”..

Sekalipun air mata darah yang mengalir, aku pasti dia tidak akan kembali ke alam nyata. Ya Allah, cepat sungguh masa 2 tahun kami bersama. Dia masih belum mengenal erti sebenar kehidupan. Tapi aku pasti Ya Allah, ganjaran yang telah Engkau janjikan untuk dia…

Kami sayang Ammar

~ Bersambung

Advertisements