Nampaknya hari minggu kali ini, aku bekerja lagi. Sabtu Ahad akan berada di Banting, Selangor untuk bengkel koperasi bersama ALP yang lain. Banyak yang kena diuruskan memandangkan 2010 semakin hampir melabuhkan tirai.

Kali ini tindakan yang lebih agresif perlu dijalankan memandangkan pengurusan kali ini akan bertambah dari segi workload dan sebagainya, demi memastikan KOSISWA ini akan berdiri sama tinggi dengan koperasi-koperasi yang baru diwujudkan. Ia mungkin masih memerlukan lagi masa untuk pergi lebih tinggi, tapi kini ia boleh dikatakan stabil di dalam liganya.

Hari ni pula aku kena ke Seminar Pengayaan Modal Insan Koperasi “Ke Arah Meningkatkan Keupayaan Modal Insan dalam Gerakan Koperasi Malaysia” anjuran MKM di Subang.

Advertisements