Hari yang memenatkan. Lately mmg cepat sebenarnya. Aku pun tak berapa pasti apa yang menyebabkan aku cepat penat, adakah ia reflection kepada sakit yang aku hidapi sekarang. Tapi aku harap ianya akan segera sembuh kerana aku tak larat nak berpantang seperti yang aku buat sekarang.

Oh ya, berbalik pada tajuk. Aku suka dengar lagu-lagu 80-an dan 90-an. Yang baru-baru ni pun aku dengar jugak, cuma kebanyakkan liriknya tidak mencapai spesifikasi yang aku harapkan atau yang aku inginkan kerana ada sesetengah tajuk lagu dan best tapi liriknya belum cukup kuat untuk menggambarkan isi dalam yang sepatutnya di sampaikan.

Antara penulis lirik yang amat aku minati ialah Habsah Hassan (K Cah). Selalunya bila dengar lagu, saya suka letakkan jiwa saya di situ, kerana kita nak rasa apa yang penulis cuba sampaikan dan apa mesej yang cuba diketengahkan. Especially lagu K Cah yang ini, suka untuk saya beritahu yang lagu ini cukup menyentuh hati. Baitnya cukup ringkas, tapi jelas dan berkesan.

Antara bait-bait gubahan K Cah (Kemaafan Dendam yang Terindah):

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku… ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku… tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja…

Kemaafan dendam yang terindah…

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci…

Saya tak berapa pasti adakah ini perasaan sebenar penulis ataupun inikah yang dinamakan ilham. Agak menarik jika lagu ini didedikasikan kepada sesiapa, kerana maknanya jitu dan mendalam. Lirik-lirik ini kadang menceritakan perkara yang sebetulnya perlu dilakukakn oleh seseorang manusia, antaranya beralah dan sabar. Dua sifat ini sepatutnya di dalam diri kita apabila kita dirundung masalah. Saya percaya ramai yang ada sifat baik ini, dan marilah kita bersama-sama mencontohi apa yang baik yang telah disampaikan.

Sama juga dengan kehidupan seharian, ianya telah digarapkan dengan perasaan, tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada kita sebagai seorang manusia. Ia tak boleh lari dari masalah. Tapi percayalah, masalah ini lah yang membuatkan kita semakin matang di hari-hari mendatang.

Advertisements