Dalam jam 3.30 ptg tadi, dapat panggilan dari emak di Johor mengatakan makcik di Batu Pahat telah meninggal dunia. Makcik dah tenat dari pagi tadi, maka bertemulah dia dengan Sang Pencipta Yang Maha Agung. Agak sedih bila tak dapat nak balik sebab masalah kenderaan. Mmg boleh balik kejap tadi kalau ada kenderaan sendiri, kalau nak naik bas agak leceh, dan pasti banyak masa terbuang di dalam perjalanan hanya untuk mencari tiket bas.

Makcik ni adalah akak pada arwah abah yang memang sudah lama menetap di Batu Pahat, semenjak aku kecil lagi. Selalu ke rumah dia masa arwah abah hidup lagi. Agak terkilan sebenarnya kerana sudah lama tidak berjumpa. Makcik ni mmg duduk di kawasan kampung, tapi rumah dia aman dan damai. Yang paling best, di rumah dia dulu ada perigi air, masa kecik-kecik selalu guna baldi yang diikat dengan tali dan ambil air untuk ke tandas luar rumah atau pun untuk basuh kaki sebelum naik ke rumah.

Sekarang, adik beradik arwah abah dah semakin berkurangan, seorang demi seorang di jemput Ilahi. Tapi aku akan pastikan hubungan kekeluargaan dengan saudara-mara takkan terputus atas apa keadaan sekalipun.

Sekalung takziah untuk keluarga arwah makcik. Al-Fatihah.