Selama 3 bulan berdedai-dedai masalah menimpa, selama 3 bulan berbagai cubaan menjelma, hanya kali ini dapat berehat mengeluarkan diri dari kelompok masalah tu seketika. Ada masalah yang dapat diselesaikan, ada juga yang masih belum lagi.

Aku keluar dari Kuala Lumpur sekejap untuk menikmati keindahan alam buat seketika sebelum kembali selamanya. Cuma untuk memenangkan akal yang selama ini dihenyak, dihentak dan macam2 lagi. Masalah kehidupan itu adalah normal bagi setiap manusia, mungkin ia dibezakan bagaimana kita hendak menyelesaikan dan juga berapa besar masalah itu. Aku keluar bersama ahli keluarga (Angah, jgn jealous!) agar kami dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan yang telah tersedia kukuh.

Aku tiada niat lain hanyalah untuk berehat dengan keluarga, luar daripda Kuala Lumpur.

Sebelum aku naik gila dgn masalah dan kerja, lebih baik aku keluar berehat sekejap sbb lepas ni aku akan lagi sibuk dgn hal-hal kerja memandangkan event peringkat nasional ini akan menggunakan banyak tenaga dan fikiran aku.

Kini masih lagi ada masalah yang wujud dalam kepala….

Advertisements