Brunel University West London

Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan siang dan malam dan menjadikan segala apa yang di atas muka bumi ini. Setelah berbulan aku menguruskan benda ni, setelah aku tolak tawaran ke Bangor dulu sebab dah tak boleh masuk, makanya Allah telah mengurniakan satu nikmat yang dulu hanya menajdi impian, tapi kini dah menjadi realiti.

Sekarang aku dah berada di UK untuk sambung PhD, dan aku sangat teruja. Teruja untuk memulakan semua benda ni, dan teruja untuk memenuhi impian diri sendiri, impian keluarga dan yang paling penting, tujuan aku buat ini kerana Allah SWT. Banyak faktor, dan ada antaranya yang peribadi. Biarlah aku simpan sendiri.

Hari ni hari ke 5 aku kat sini, cuaca hari ni agak best, sunny dan nyaman. Tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Macam sebelum2 ni, cuaca sejuk dia sampai ke tulang, tapi aku cuba gak try buat biasa, sebab nak menyesuaikan diri. Nak cerita semua nanti, tak buat kerja plak aku nanti. Hehehe. Aku try la nanti slow2 upload gambar2 yang ada dalam pc aku ni.

Advertisements