Terus terang saya ada berhadapan sedikit dengan masalah ketika nak menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di sini tapi banyak keluarga & kawan2 yang bantu saya. InsyaAllah saya akan cuba menyampaikan maklumat-maklumat penting untuk sebelum, semasa dan selepas datang ke universiti. Ini ialah pengalaman saya, mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain.

Dokumen-dokumen universiti:
Sila berurusan dengan agen/wakil universiti secepat mungkin. Jangan ditangguh-tangguh. Di Brunel, kita boleh hubungi Mr Chris Chang (Director, Brunel International Office) atau pun hubungi wakil Nazza Education SB (saya minta bantuan mereka) di enqury@nazza.com.my. Antara document penting ialah offer letter, CAS number, accommodation dan berbagai lagi.

Passport :
Passport boleh diperbaharui di mana-mana Pejabat Imigresen seluruh Malaysia dengan mudah (melainkan anda bukan warganegara, itu kena tanya Imigresen macam mana nak uruskan) dan yang bagusnya, ada beberapa pejabat Imigresen yang bukak semasa hari Sabtu dan Ahad, seigt saya di Putrajaya & Sri Rampai (Wangsa Maju) separuh hari. Klik di sini untuk semakan.

* Bagi yang lambat lagi expired (lebih setahun), tempoh 6 bulan akan ditambah di dalam passport anda (contoh anda buat untuk 5 tahun pada 1/3/2012 dan akan tamat sepatutnya pada 1/3/17; tetapi dia akan tamat pada 1/8/17 selepas tambah 6 bulan)

ATAS :
ATAS ini perlu di apply (bagi yang buat course technical, ie : engineering, chemical, IT, etc) dan ia ambik masa 13 hari untuk approve. Sekiranya ada ralat pada maklumat (mengikut kata kawan2), ia boleh jadi sehingga 20 hari untuk approve. Bermakna, ATAS ini perlu diselesaikan dahulu sebelum perkara2 lain (tapi mesti ada offer letter dari universiti)

Link untuk apply ATAS di sini.

Di dalam ATAS, ada beberapa maklumat yang perlu di masukkan, dan ianya sangat penting untuk application Visa nanti. Antaranya ialah :
1. Research description (summary) – copy paste daripada offer letter
2. Course description (pengajian sebelum ini – Diploma, Degree, Master) kena mengarang sikit atau ambil terus dari wesbite universiti anda
3. JACS code : Ini yang menentukan sama ada anda perlu buat ATAS atau tak (copy paste dari offer letter)
3. Maklumat peribadi yang lain.

* Make sure takde satu maklumat pun yang silap dan jangan risau, maklumat ini boleh di simpan dahulu sebelum dihantar.

CAS:
CAS number boleh diperolehi daripada university yang anda apply. Untuk memudahkan komunikasi antara anda dengan universiti, boleh minta bantuan agent (contoh Nazza Education).

Visa:
CAS number boleh diperolehi daripada university yang anda apply. Untuk memudahkan komunikasi antara anda dengan universiti, boleh minta bantuan agent (contoh Nazza Education).

– Akan diupdate lagi from time to time sebab banyak lagi perkara yang perlu.

Advertisements