Sanggup tunggu sampai 11.45 nak webcam ngan emak, sebab semalam call Along kat kg, dia ckp emak dah tido, so tunggu pagi lah nampaknya baru dapat sembang. Dapat tanya khabar, makan apa, sembang sikit-sikit pun dah memadai. Sebab semalam Along cakap “..emak ckp kau tak call dia hari ni..” Okay, maknanya aku kena berusaha untuk call rumah setiap hari, I’ll do it InsyaAllah.

Segala macam benda bermain di dalam kepala aku, possibilities, distance, etc, tapi tu bukan penghalang untuk aku terus dekat dengan keluarga dan aku nampak perkara yang terjadi memang ada hikmahnya, menyatukan kami sekeluarga. Alhamdulillah, tiada perkataan semanis perkataan itu yang mampu aku ungkapkan. Senyum panjang lebar dah ni.

Aku tak kisah orang nak cakap aku anak emak ke, anak manja ke, pegi jauh2 asyik teringat keluarga ke, semua tu aku tak kisah. Sebab tak semua orang ada cerita hidup sama dengan aku. Perjalanan hidup kita berbeza; orang lain tidak ada hak ke atas apa yang aku lalui, sama jugak dengan aku.

Saje nak kasi satu entry masuk sebelum aku tidur. Ni hari paling lewat aku tidur, 12.07am. Tapi takpe, esok weekend. Mungkin nak keluar esok pagi ke Uxbridge nak beli barang-barang makanan yang boleh dimasak.

Jumpa lagi.

Love,

AHM
Uxbridge, England

Advertisements