Saat kita dipisahkan oleh batasan waktu dan jarak yang agak jauh, aku tahu sebenarnya aku merindui keluarga, kampung halaman. 7 tahun di Kuala Lumpur, zaman aku belajar aku selalu jugak balik ke kg. Tapi bila dah kerja, kerja itu menjadi batasan yang buat susah aku nak balik ke kg, menjenguk keluarga.

Kini dah berada jauh di perantaun, menyambung pengajian. Aku masih lagi ingin mendengar radio-radio Malaysia (Suria, Sinar) sebab jiwaku ada yang tertinggal di sana; iaitu keluarga. Sambil dengar-dengar lagu, terpancar Azan Maghrib dari radio Sinar. Syahdu, jauh, memori manis, macam-macam perasaan. Jatuh jugak airmata seorang insan yang lemah dan saat itu, wajah ibu, adik beradik, anak-anak buah terus menjelma. Berat jugak rasanya.

Sekalipun begitu, aku cuba kuatkan hati, jangan dilayan rasa sedih. Terus terdetik hati aku “..macam mana emak di sana melawan penyakitnya.. Macam mana Along kat rumah bantu emak nak uruskan banyak hal.. Macam mana Mimi & Abg Ajim settlekan hal hospital untuk emak.. Macam mana K Ina skrg, dapat tak dia bawak kan makanan untuk emak malam ni.. Macam mana hal-hal lain diaorg nak settlekan.. Kenapa aku tak berada di situ.. Kenapa Allah tak bagi peluang berharga itu untuk aku..”

Aku rasa ini ialah sebuah proses; proses untuk mematangkan diri dalam semua hal. Aku kena tabah dalam melalui semuanya. Aku kena hadap semuanya, memang tiada pilihan. Tapi aku yakin Allah ada dengan aku.

Cumanya aku bimbang, sekiranya ada sesuatu berlaku pada keluarga nanti, aku tiada di sisi mereka… Kebimbangan yang memuncak..

Advertisements