Hati aku tak tenang, fikiran bercelaru, nafasku pendek, jantung tak tentu arah. Ibu akan start surgery pagi ni, aku yang ketar lutut. Setiap masa fikirkan dia, sekalipun aku tak berapa sihat. Demam yang baru melanda ni bukan penghalang untuk aku terus mengingati ibu.

Saat aku berjalan di Uxbridge minggu lepas, aku ternampak sign Mother’s Day di banyak tempat. Masuk di WHSmith, aku terus terfikir untuk belikan emak satu kad hari ibu. Sejujurnya aku tak pernah berikan card sebelum ni, cuma belikan hadiah.

A card for my mom

A card for my mom

Aku dah tulis di dalamnya, cuma akan di pos kemudian, mungkin dalam minggu hadapan. Sebenarnya ada kebimbangan di dalam hati, cuma aku tak nak terlalu fikir negatif. Kita manusia, penuh perasangka. Akan akan cuba berperasangka yang baik-baik sahaja, semoga ibu akan sembuh secepat mungkin dan selamat daripada operation pagi nanti.

Ada yang tak tahu kenapa aku berkelakuan agak pelik, entri banyak menceritakan tentang kebimbangan pasal penyakit ibu. Ibu disahkan menghidap barah payudara dan pada awalnya tinjauan doktor sudah menunjukkan ia berada di stage 4. Tetapi selepas menerima biopsy result, ianya berada di stage 2, tetapi masih memerlukan pembedahan segera sebelum merebak ke liver dan lung. Stage 2 pun ada pecahan, A atau B. A tidak perlukan kimo manakala B perlukan kimo selepas pembedahan. A atau B hanya dapat ditentukan selepas pembedahan. Pembedahan yang bakal mengambil masa selama 2 jam 30 minit ini akan membuang keseluruhan payudara dan selepas itu, pemeriksaan dan pemantuan lanjut akan dilakukan untuk mengesan aktiviti di bawah ketiak.

Selama ini kami tak tahu, even ibu pun tak tahu pasal penyakit ni, cuma ada history di kalangan keluarga yang pernah terjadi. Aku betul2 terkejut, kerana tahu sehari sebelum berangkat ke UK. Pedih hati aku mengenang ibu, tapi ada sedikit kekuatan yang muncul tatkala melihat ibu masih lagi ceria, boleh bergelak tawa seperti biasa. Ibu, luruh jantung ini bila tengok ibu terbangun dari tidur sebab batuk yang kuat masa malam sebelum berangkat. Mahu je memangku ibu, tapi Adi tahu ibu susah nak tidur, jadi kerana kasihan dan tak mahu mengganggu, Adi cuma biarkan seketika, dan tengok ibu kembali tidur semula.

Aku takut.. Aku takut kad yang telah aku tulis ini tidak sempat dibaca. Aku pun manusia, yang penuh dengan ketakutan, penuh dengan perasaan. Ya Allah, ibu ku itu sedang sakit, seandainya kau mendengar bisik hatiku ini, kau berkatilah sepanjang perjalanan hidupnya dan hidup kami. Ya Rabbi, aku tahu ianya sudah tertulis di Loh Mahfuz tentang ketentuan hidup kami, cuma satu yang aku pinta, jadikanlah ibu kami ahli syurga yang Kau telah janjikan untuk hambamu yang beriman. Selama ini, dia telah menjaga kami dengan baik, dengan penuh kasih sayang, kau berikan balasan syurgaMu yang harum mewangi, kerana di Kau Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mati pun aku sanggup untuk ibuku, seandainya nyawaku ini adalah untuk dia..

Mom, I just want you to know that I really love you. No matter how far we are, my hugs and kisses will always for you. Adi rindu untuk bertemu semula, bertemu dengan sebuah kejayaan yang selama ini menjadi impian kita bersama…

Love,

Anakandamu
Abdul Hadi
Uxbridge, UK

Advertisements