Kepala tengah berkecamuk dengan study, topic tak firm lagi, esok pagi nak kena jumpa supervisor (sv). Aku agak mati akal pasal topic yang baru aku dapat. It is just like studying Finance from basic. It requires a lot of hard work.

Okay aku xnak cerita pasal study kejap (I’m trying to be selective now compared sebelum sebelum ni), aku just nak cerita pengalaman berjalan ke Bangor. Bangor ni terletak di Wales, dan agak jauh ke atas daripada tempat aku. Mungkin dalam 6-7 jam naik kereta. Tapi aku ke sana daripada Birmingham lepas jumpa Angah, then balik sama-sama ke sana.

Aku sebenarnya agak rimas dengan pertanyaan ataupun statement orang-orang yang mengatakan seoalah2 aku ni tak belajar apa-apa di sini, aku jalan jalan, aku makan-makan, etc. Ada nak tengok gambar aku tengah study? Ada orang nak tengok gambar aku duduk tepi padang cari idea research? Tak nak lah cerita semua hassle tu kat sini, biarlah aku je yang tahu pasal susah senang study tu. Aku share photo di FB tu untuk keluarga aku, yang nak tahu pasal perkembangan aku kat sini. Kalau korang rasa tak suka, jangan view ye. No offence 🙂

Kalau ada yang nak tahu life aku di sini, aku pagi masuk office, keluar pukul 7. Paling lewat aku keluar pukul 9.30 malam. Sekalipun aku keluar berjalan, aku still bawak journal supaya aku boleh membaca. Aku bawak digital version dalam tablet, supaya mudah tak tercicir bila banyak sangat kertas. Malam kadang2 tido lewat sebab aku carik bahan untuk research. Itu hassle yang orang tak tahu, dan aku rasa tak perlu cerita.

Tu gambar di Bangor. Perjalanan dari rumah abang aku dalam 30 minit, tempat tu nyaman dan tenang. InsyaAllah tahun ni, impian kami adik beradik nak bawak emak datang beraya di UK. Bagi emak happy, tak nak mak susah hati dengan cancer dia tu. Oh emak, rindunya..

Advertisements