Assalamualaikum..

Lama tak update blog, last update ialah on March, masa tu baru minggu pertama/kedua.

Kapal dah mula meredah ombak yang kadangkala kecil, kadangkala besar. Tapi mungkin bagi sesetengah yang dah otai, diaorg akan cakap “Tu baru sikit di..” Setuju, sebab banyak lagi cabaran yang lagi besar akan di lalui. Baru 4 bulan, belum apa sangat. Cuma aku tak nak pandang enteng pada masa, sebab kerana masa, kita binasa. So aku akan threat benda ni as highest priority. Within 4 bulan ni, ada juga perkara yang baru dipelajari, lebih kepada pengajian.

1. Writing skills

Apabila anda sudah mula menaip report/paper/etc yang melibatkan penulisan berbentuk akademik, puluhan journal bakal menjadi mimpi ngeri, boleh jadi ratusan sekiranya kita masih belum pandai memilih journal mana yang elok, yang sesuai dengan tajuk, yang memberi manfaat walaupun sikit-sikit. Tetapi lagi banyak anda membaca, faedahnya ialah anda lagi banyak boleh goreng, boleh jadikan isi, dan writing skills akan lebih cun. Saya akui saya memang ada masalah di dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya sendiri dah dpt rasa perbezaan sekiranya kita membaca. Kreativiti akan datang dalam berbagai cara, antaranya meniru (awal), copy paste rephrase (intermediate) dan write from scratch (hebat dan punyai idea yang luas). Jadi teruskan membaca walaupun anda rasa dunia ini akan kiamat dan seperti anda akan muntah hijau!

2. Kaedah skimming & screening journal

Dulu masa2 mula dpt journal, takut nak baca sebab banyak sgt terms yg jarang jumpa, especially academic terms. Google translate dan e-dictionary menjadi teman hidup. Saya banyak belajar daripada orang lain macam mana nak skim journal dengan cepat dan terlalu banyak cara. Kadang2 ia bergantung kepada keselesaan seseorang. Paling simple ialah, baca abstract, conclusion. Kalau rasa macam jauh sgt topic tu dari topic kita, simpan journal tu (jgn buang, tapi failkan) dan start cari yang lain. Journal yg kita rasa tak kena tu mungkin tak berguna sekarang, tapi berguna pada masa depan. Kalau rasa sesuai, baca plak introduction, dan findings/gap/conclusion. Tak faham? Biasalah, kena merangkak dulu baru boleh berlari

3. Memahami SV

Saya akui saya sendiri kurang pengalaman dalam membuat research (sgt kurang) dan saya rasa beruntung kerana mempunyai SV yg agak cerewet, dan saya suka. Saya ialah anak buah pertama SV saya dan memang banyak masa dia akan beri tumpuan kepada saya. Dengan orang yang kurang pengalaman membuat academic report seperti saya, report saya ditolak sehingga lah keluar version ke 5. Pada mulanya saya ambil perkara itu dari sudut yang tidak menyenangkan hati, tetapi akhirnya saya keluar dengan satu finding “kalau report ni cacamarba, nama aku jugak yang tak elok dalam school, mungkin aku tak boleh proceed dengan topic ni bila time presentation nanti, mungkin nama dia juga akan buruk, mungkin school takkan impress dengan apa yang aku nak buat”. Setelah hantar report vesion ke 5, compare balik dengan report version 1, umpama langit dan bumi, tidak sama, dan langsung tidak serupa! Saya tetap berterima kasih kerana atas bantuan SV saya yang siap tgk kan grammar report tu, akhirnya report v5 tu dah siap. Dan saya akui, SV saya sgt perihatin dengan saya. Mungkin saya nampak dia cerewet, tapi cerewet untuk kebaikkan sendiri.

19 June 2012 ialah tarikh presentation untuk annual review report. So far, knowledge tu kena tambah lagi supaya dalam presentation nanti boleh jawab semua what & why mcm aku selalu kena dgn SV.

* skrg demam, tak larat nak buat apa sgt, kali demam agak teruk gak, sampai hilang suara*

Advertisements