Kemas bersih
Sebuah memori yang terpahat di lubuk hati
Sewaktu ayahanda tercinta
Pergi menghadap Al-Hadi
Destinasi terakhir sebelum pulang ke Barzakh
Tempat pulangnya insan sejati

Bertakung rindu
Pada ayahanda yang telah membawa pergi
Sekeping hati
Sebuah kecintaan yang tak bertepi

Tersarat hati nurani
Dengan sebuah kerinduan
Dengan sebuah kasih sayang
Dengan sebuah kenangan
Saat ayahanda membesarkan kami
Memberi segalanya dalam kehidupan
Demi membesarkan si anak untuk mengenal dunia & akhirat

Cukuplah derita ayahanda, cukuplah kepayahanan ayahanda
Yang telah ditebarkan seluasnya
Sebesar tanganmu mengangkat kami
Sebesar kudratmu menyayangi kami

Kaku dua tanganmu berdakap di dalam lahad
Engkau lemparkan senyuman terakhir
Tatapan yang paling indah
Yang paling bersih
Terpahat sudah janji Allah
Yang hidup pasti akan bertemuNya nanti

Terimalah wahai ayahanda
Kalungan doa & selawat
Syahdu nan rindu
Untuk menemani ayahanda di sana
Mengubati wajah bersih lesumu itu
Di tanyakan Tuhan tentang tanggungjawabmu kepada kami

Wahai ayahandaku tersayang,
Kami akan menuju destinasi yang sama
Abadi menuju Ilahi satu hari nanti
Entahkan esok entahkan lusa
Tapi ianya pasti
Seperti yang terpatri
Di dalam Kitab Suci

Terima kasih
Kerana meninggalkan kenangan suci abadi
Mengulit sebuah cinta
Menjadi jendera kasih sayang
Yang paling indah
Dan tidak mungkin berganti…

Kami rindu abah

Allahyarham Mohamad bin Jaaffar
10.1.1942 – 10.1.2001

Advertisements