Intaian kegemilangan Syawal sudah menanti.

Ramadhan mula melabuhkan tirai. Takbir yang sudah mula bergema memberi kedamaian jiwa yang manisnya itu tidak ternilai. Jauh kepala terfikir, macam-macam benda.

Adakah amalan kita diterima Allah?

Adakah Ramadhan ini Ramadhan terakhir untukku?

Ke mana destinasi kita selepas Ramadhan?

Mampu kah kita konsistenkan amalan yang kita buat semasa Ramadhan? Tidak ikhlas membuat amalan sekiranya tak konsisten. Maknanya kena terus buat apa juga perkara yang kita amalkan semasa Ramadhan.

Kita doa sahaja semoga ianya mendapat barakah Tuhan kerana Dia Maha Menilai.

Satu cita-cita untuk Ramadhan belum lagi tercapai, bermakna masih perlu baiki diri. Barangkali Allah masih lagi beri peluang sebelum pergi berjumpa Dia.

Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, saudara mara, rakan-rakan SK Ayer Baloi, SMA Kerjaan Johor (Kluang), SMA Bugisiah (Pontian), Universiti Kuala Lumpur, Brunel University London (UK), E-Matrix Consulting SB (Bukit Damansara), MMC SB (Shah Alam), dan sesiapa yang mengenali diri ini. Tidak ketinggalan kepada seseorang yang berada jauh di mata, tetapi dekat di hati. Maaf zahir dan batin.

Saya memohon seribu kemaafan di atas segala dosa perkataan, perbuatan yang sengaja dan tidak disengajakan. Adakalanya kita tak sedar kita sudah melebih batasan pergaulan.

Ya Allah, izinkan kami untuk bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Kuatkan iman kami yang rapuh ini, semoga Engkau memberkati dan melimpahkan hikmah & barakah atas apa juga impian kami yang baik.

Salam Syawal 1433 Hijrah.

Advertisements